Friday 31 May 2013

Selamat Datang ke D'Village Homestay

Selamat Datang ke laman blog D'Village Homestay. Kami menyediakan homestay yang bercirikan suasana kampung yang dapat anda rasai walaupun berada di Bandar Metroplitan Kuala Lumpur. Ciri-ciri dan suasana kampung yang damai lagi menenangkan ini dapat dirasai seolah-olah anda berada di kampung sendiri. Pembinaan rumah berasaskan papan dan dihiasi dengan perabot yang serba lengkap mampu memberi keselesaan kepada sesiapa sahaja yang menginap di sini. Walau bagaimanapun, kami menyediakan sebuah lagi unit yang dibina berasaskan batu yang bersebelahan dengan unit utama.
D'Village Homestay - Pandangan Hadapan

D'Village Homestay ini terletak di Bandar Baru Selayang di alamat :

No. 62, Jalan 35, Selayang Baru
Kuala Lumpur, Malaysia

Homestay ini terdapat 2 unit yang dilengkapi dengan perabot dan keperluan asas untuk keselesaan penghuni yang menginap di homestay ini.

Berikut adalah maklumat Homestay bagi Unit A (RM180 sehari) :
  • 3 bilik tidur
  • Setiap bilik tidur dilengkapi dengan katil dan almari pakaian
  • 2 tandas
  • Ruang tamu di lengkapi dengan televisyen, sofa dan set meja makan
  • 1 set meja makan juga disediakan di bahagian dapur.

Pintu Masuk Hadapan
Bilik Tidur

Bilik Tidur

Dapur

Meja Makan di Bahagian Dapur

Sofa di Ruang Tamu

Meja Makan di Ruang Tamu

Berikut adalah maklumat Homestay bagi Unit B (RM150 sehari) :
  • 2 bilik tidur
  • Setiap bilik tidur dilengkapi dengan katil dan almari pakaian
  • 1 tandas
  • Ruang tamu di lengkapi dengan televisyen dan sofa
  • 1 set meja makan juga disediakan di bahagian dapur.

Pintu Masuk
Meja Makan di Bahagian Dapur
Sofa di Ruang Tamu

Dapur dan tandas

Bilik Tidur

Bilik Tidur

Kepada sesiapa yang memerlukan maklumat lanjut atau berminat untuk menginap dan menggunakan perkhidmatan Homestay kami ini boleh hubungi :

Jaapar : 012-6799145 / 012-6635766

Sebarang cadangan dan pandangan anda dalam membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan Homestay kami ini saat dialu-alukan. Semoga perkhidmatan Homestay ini dapat memberikan keselesaan kepada anda. Terima kasih kepada semua.

No comments:

Post a Comment